Tuesday, July 5, 2011

Penganiayaan suatu keseronokan???

Menganiaya orang sekarang ni dah jadi macam suatu keseronokan ke agaknya ek??sangat pelik dgn manusia yang punya hasad dengki yang amat melampau!!



Kenapa tetiba aku nak post benda ni dalam blog ek?Semuanya berlaku apabila adikku buka cerita yang kawannya H, dianiaya oleh orang kampung sendiri yang memang kami sekeluarga kenal sikap busuk hatinya...

Orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung salah orang lain yang entah siapa-siapa..

Asalnya ada kes ragut ntah kat mana, orang kampung yg selalu nak berlagak hero yang kami bagi gelaran S ni busybody tanya dengan mangsa ragut ni dan katanya yang ragut ni bermotor hitam..Terus S ni pergi cakap dengan polis dan tangkap kawan adikku ni yang tidak tahu menahu apa-apa...Hanya kerana dia bermotosikal warna hitam terus dituduh dan ditangkap...hishhh...

Habis teruk dibelasah H...sampai diugut untuk mengaku...Akhirnya H terpaksa mengaku kerana tidak sanggup lagi dipukul dan diseksa..dan H dihukum atas kesalahan yang bukan darinya...

Sedih aku mendengarnya...S boleh tersenyum bangga apabila mendapat pujian dari pihak berkuasa..Ya Allah..apa jenis manusia??Bangga di atas kesakitan dan kepayahan orang lain...dan kalau S ini orang baik tiada masalah bagi aku, orang-orang kampung boleh maafkan tetapi dia sendiri bukan orang yang baik, terlibat juga dengan benda-benda haram..buruk sendiri tidak didedahkan tetapi sibuk mencari kesalahan orang lain.

Saat yang tidak akan kami sekeluarga lupakan bila S menganiaya arwah adikku . Peristiwa semasa aku cuti semester tahun akhir di UIA.Motosikal milik arwah dikatakan motor curi.....Kuasa besar apa yang dimiliki sampai sanggup menganiaya kami sekeluarga?Sehingga arwah adik, abah,embah, sedara mara yang lain terpaksa ke rumahnya untuk mengambil motor adikku yang ditahan...Geran motor atas nama arwah adik dikatakan motor curi...Ya Allah .merayu-rayu memberikan penjelasan..geran motor dikemukakan pun tidak diambil peduli sehingga polis terpaksa melibatkan diri barulah selesai..

Tidak sampai di situ penganiayaan dibuat...habis sedara maraku yang tidak kena di matanya pasti dianiaya dengan pelbagai cara...

Ya Allah..ramai sudah orang kampung yang menyumpah seranah S...bila agaknya nak sedar...memang sudah sebati dalam diri agaknya sikap mengenakan orang..

Sedar-sedarlah wahai S....doa orang yang teraniaya memang sentiasa dimakbulkan...

Aku tunggu je suatu hari nanti aku jumpa kau di Mahkamah atas kesalahany ang kau sorokkan selama ini...Tidak selamanya kau akan selamat..

Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...



3 comments:

  1. naper xbuat aduan jer..ckp si S tu buat aduan palsu..xpun buat saman fitnah..kalu xder saper nk kenakan sesuatu pd S mmg la S xkan sedar..

    ni aku nyer pendapat la..ko kan amik legal gak..patut kna stand-up la..xpun paling koman suh poli sound S kalu buat tuduhan palsu lg masuk lokap

    ReplyDelete
  2. siannye... manusia ni, selagi x terantuk, x tergadah.. ade pembalasannye tu kak.. ok2.. sy nk g mkn.. hihihi... =)

    ReplyDelete
  3. mamanoa: sedang diusahakan...tgy dan lihat saje...
    arni: mmg manusia skrg ni mcm2 hal..ntah bila nak sedar..

    ReplyDelete