Thursday, April 28, 2011

kerja oh kerja

Tinggal beberapa hari lagi nak menjelang HARI PEKERJA..1 Mei..
Belum tiba harinya lagi aku dah terima hadiah sempena hari pekerja...dahsyaaaatttt....hadiah dari rakan seangkatanku di firma ini yang memang aku hormati dan kagum dengan semangat & bakat kerjanya... En Mohd Radzi Bin Yatiman...memang klass la En Radzi ni...selama aku bekerja tak pernah la terima hadiah sempena hari pekerja..so En Radzi ni memang dahsyat la kan..dahsyat dalam segala2nya.dasaaat dari segi kerja,dasaatt dari segi sikap dan talentnya dalam pelbagai bidang..sangat kagum!!ehe...ini bukan ayat bodek tetapi sesiapa jua yang mengenali beliau pasti tahu camne orangnya..the best lawyer in town!!

Hadiah dari En Radzi sempena Hari Pekerja..Jutaan Terima Kasih..

Sempena hari pekerja ni tak lama lagi ni,just nak share la pasal kerja yang kita diamanahkan...setiap hari kita pergi kerja dan untuk apa kita pergi kerja?untuk dapat duit dan duit tu dari gaji yang kita dapat bulan-bulan.Pernah tak agaknya kita terfikir yang kerja itu amanah?amanah yang kita dipertanggungjawabkan untuk dilunaskan..dan bersungguh-sungguhkah kita dalam menjalankan amanah tersebut? 


Fenomena biasa yang dilihat sesetengah orang yang datang kerja buat syarat je..datang tunjuk muka,buat kerja ala kadar, time balik,balik,tahu2 hujung bulan dapat gaji...uit..jangan-jangan!!banyak yang perlu difikirkan dan dijawab nanti sebab dimana datangnya keberkatannya tu??fikir-fikir kan lah...

Just nak kongsi apa yang aku dapat dari pakar motivasi Dr Fadilah Kamsah: 

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan
insyallah… .’

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG KERJA.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
Dalam apa jua yang kita lakukan yang penting adalah niat. Bekerja dengan sungguh-sungguh, tingkatkan mutu prestasi kerja kita dan satu cara utk kekal bersemangat iaitu dengan meletakkan niat kerja kerana Allah. Jgn terfikir yg kerja kita hanya dibalas dgn gaji di akhir bulan, tapi fikirkan juga yang InsyaAllah,kerja kita dibalas dgn pahala yg banyak di akhirat kelak! Hasil keberkatan usaha kita yg meniatkan kerja2 kita kerana-Nya.

Dalam bekerja juga perlulah berakhlak kerana kerja dengan akhlak tidak timbul persoalan curi tulang,curi masa, kerja sambil lewa, tugasan tertunggak dan macam-macam sikap negatif lain sebab akhlak suatu pakej lengkap yang meliputi etika kerja dan ini yang ditekankan oleh Hamka:

"Undang-undang adab dan  budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.  Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir" 

 Oleh itu, sesamalah kita tanamkan sikap....

 dan


SELAMAT HARI PEKERJA!!!

Monday, April 11, 2011

PB mahal tetapi berbaloi-baloi! I like!!

Setiap kali aku cite pasal Premium Beautiful (PB) ramai yang kata "harga PB terlalu mahal untuk satu corset"," saya tak mampu lah".  Aku memang akui memang agak mahal lebih-lebih lagi bagi yang berpendapatan macam aku.

Tapi pernah tak kita fikirkan kalau kaedah-kaedah kurus yang lain yang ada sekarang ni agak-agak berapa lak kos nya ek???? jawapannya...memang tak boleh lawan dengan kesan pemakaian dan harga set PB ni. Perlulah diingat bahawa PB ni bukanlah untuk kurus semata-mata... yang lebih penting untuk KESIHATAN BADAN.....KONSEP PB ADALAH 70% KESIHATAN, 30% KECANTIKAN!!percayalah...


  • Kaedah paling jimat, tak payah keluar duit pun dan semua orang kata boleh buat .. SENAMAN...haha..jujurnya aku memang susah nak bersenam..masa anak dara tu kalau jogging tu boleh dikira berapa kali je...dah kawin ni lagi la malas dengan tak de masanya lagi kan??agak-agaknya, berapa ramaikah dikalangan wanita-wanita berkerjaya dan ada family dan anak2 kat umah yang bersenam at least 2 kali dlm 1 minggu.. Aku berani kata kebanyakkannya  hanya bersenam dengan buat kerja rumah dan jaga anak jer... kerja opis hour balik umah buat keje umah lagi tu dah cukup memenatkan.tapi tak kurus2 jugak dan ramai yang mengeluarkan keluhan yang sama...  

  • Kaedah SLIMMING CENTRE.. mmg diakui berkesan..dengan syarat kena ikut diet yang sangat2 ketat, no nasi2,ayam dan pelbagai mkn yg sedap2..mkn sebiji epal ijau je bole..dengan tanggung sakit masa proses rawatan. tu lagi.siap berbirat2 lebam macam kene dera.Kosnya???Permulaannya memang dia bagi harga promosi,murah je rm100 je sessi promosi..lps tu dia akan cakap ada sessi treatment yang x abis lagi la..kena tambah duit lagi la..bla bla..dan tup2 akan sedar kos sudah mencecah RM10k...dan itu yang berlaku pada seorang kawanku abis RM10k tapi tak kurus pun..membazir duit macam tu je. total2 segala lebih mahal dari harga PB...sayangnya.!!!PB hanya berapa je harga leh pakai selama mana nak,makan la apa yang kita nak siap waranti seumur hidup lagi boleh kurus dan sihat!!!
 
  •  Kaedah pengambilan J******., H******** dan bermacam-macam lagi ramuan kat pasaran yang agak glamer sekarang ni.. Mmg diakui, ada yang berkesan.. tapi bukanla untuk jangka masa yang lama.. kalau berhenti sahaja memang boleh naik semula...dan itu yang berlaku padaku.kata je dijamin badan x naik semula kalau berhenti ambil..pas 2 bulan stop badan macam dipam2....kos untuk pengambilan satu kotak je  dah cecah RM150-RM300 sekotak.. bayangkan kalu kene beli 2 kotak sebulan selama 3-7 bulan.. tak ke mencecah harga ribuan jugak? total cost RM2,100 (untuk 7 bulan)..kalau setahun???kira2 la sendiri ya...lebih2 lagi dari harga PB..sayangnya!!!
  
Haaa......so apa lagi???Premium Beautiful ni perlukan kos RM2xxx untuk satu set..beli sekali je seumur hidup..ada waranti seumur hidup lagi..mana nak dapatkan korset yang camni?SUPERBRAND lak tu.. kita sihat cantik dan bertambah anggun gitu..untuk sape?untuk diri sendiri, dan cik abe bg yg dah berkahwin..dengan cik abe kita skali leh kita sarungkan kalau de masalah pinggang, gastrik dan buncit tu..dua2 bahagia kan??

Jangan sibuk fikirkan mahal mahal mahal...sebab ada cara untuk dapatkannya...cash bole, credit card bole, instalment pun bole...mana2 cara boleh untuk dapatkan satu set.sekarang ni bawak je ic pi rhb easy tu dah leh dapat duit beli PB ni cash...senang je...tak payah nak pening-pening kepala..
 
Kalau difikir2kan handphone mahal2 boleh beli.. Blackberryla, Iphonela, Ipadla.. takkan untuk kesihatan diri sendiri,kebahagian kita suami isteri taknak berkorbankan.... dan PB ni hanya perlu dibeli sekali je seumur hidup.. tak perlu nak di beli setiap setahun, 2 tahun skali pun...

BELI, PAKAI DAN RASAI KEHEBATANNYA>>>CONFIRM!!!!





 


Sunday, April 10, 2011

Anak...janganlah dipersiakan amanah ini...

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Hakikat yang perlu di fahami dan disedari bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawab yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh. 

Aku sedih bila mengenangkan manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi tidak sedar akan tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan..Anak dibiarkan terbiar, keadaan tak terurus,sedih tengok keadaan itu walhal mak ayah orang yang terpelajar dan berduit tapi anak  alahai...sedih la nak cakap...ada juga orang camni dalam keadaan serba maju ni ek?Mana pergi rasa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa??tergamaknya tengok anak bermain ditepi jalan dengan keadaan yang menyedihkan...
 
Mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmannya:
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat kita sebagai ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan

Pelbagai cara dalam mendidik anak.Dalam menempatkan anak-anak kita di kalangan 'winners"(tips dari seseorang):-

  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  •  Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah  mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  •  Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  •  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  •  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  •  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  •  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  •  Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. 

Hargailah anak-anak kita selagi ada waktu.kerana anak kita itulah penyambung warisan dan keturunan kita..

Aku sayang anak aku walau apa pun terjadi...MAMA SAYANG AQEEB!!

Muaaahhhh!!!!  

Mama love u too dear!!

Monday, April 4, 2011

kek carrot...

Alahai..kawanku bagi resipi lagi..dia suruh aku cuba sebab dia kata best sangat kek ni and senang sangat nak buat...dia kongsi resipi ni sebab dia tau aku suka sangat buat kek...haha..lama sudah tak buat kek sejak dah de "beg tangan"..dulu siap wat biz lagi aku ni..huhu..berceloteh panjang lak aku ni..

ok la..aku nak share dgn sape2 yang suka buat kek.kawan aku kata sedap gila...so leh la try.

KEK LOBAK MERAH
Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
  • 1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil (kalau tiada minyak masak pun boleh)
  • 120g gula castor
  • 100g brown sugar
  • 1 1/2 cawan carrot (diparut)
  • bahan diayak: 250g tepung gandum, 1 sudu teh serbuk cinnamon, 1 1/2 sudu teh baking soda
  • 100g walnut (dicincang sedikit)
  • 1 sudu teh garam
  • utk topping(penyedap kek): 120g butter, 250g creamcheese,120g icing sugar 


Cara-cara:
  1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan carrot. kacau sebati, masukkan walnut
  2. masukkan bahan yang diayak.Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam..
  3. dlm mangkuk yg lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang(soft peak form)step ni penting! dan masukkan dlm adunan kek tadi
  4. Bakar pada suhu 170C selama 50 min
  5. tips: bila dah masak, cucuk dgn lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi means belum masak betul.Kurangkan suhu ke 150C~160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar2 masak
  6. utk topping, pukul semua bahan2 hingga sebati & ringan.Hias atas kek yg telah disejukkn pd suhu bilik kemudian tabur dgn hirisan almond atau kelapa kering yg digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu(optional)
 P/s : aku lom try buat lagi.tapi disebabkan kawan aku kata sedap memang nak try..nanti bila dah try aku pasti akan update dlm ini blog..haha.tungguuu.....!!

caramel cheese cake!!nyum..nyum..

Nyum nyum...aku dapat resipi ni dari seorang kawan..memang best!!sedap betul...so nak share dengan semua...

CARAMEL CHEESE CAKE

 

 Bahan-bahan:

* Krim:

-250g cream cheese
-3 biji telur
-200ml sour cream (1 cawan)
-200ml freash cream (1 cawan)
- 120g gula
-2 sudu besar corn starch
-beberapa titik esen vanila

* Lapisan bawah
 
-100g biskut marie/ graham cracker
-50g butter (cairkan)

*Karamel

-50 ml susu segar (1/4 cawan)
-80g gula

 Cara-cara:

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
  5. Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.
Selamat mencuba ya!!gerenti suka..