Saturday, December 24, 2011

Positif tuh!! Alhamdulillah..

Rasa semacam je badan lately..asyik rasa sakit kepala n then rasa angin satu badan..
Tak expect apa-apa pun..tapi badan rasa sangat tak sedap..

Nasib ada urine tester tu kat umah..bio betul!! 2 line ni..2 line ni maksudnya pregnant..ye tak ye ni???
Ho Ho Ho!Rasa cuak lak sebab cam tak caya sudah!!

Pergi klinik memang sah positif.. dah 7 minggu...Alhamdulillah...I Am PREGNANT !!

Thursday, December 8, 2011

Penatnya bila hari yang terlalu sibuk!

Hari yang meletihkan...sampai demam malam dibuatnya..

Pagi ke Mahkamah..kKes hujahan tangguh ke petang..aduyai!masak!!letih la aku ni..dengan esoknya kes yang berlambak!hoho!

Petang katanya hujahan pendek je..panjang berjela-jela daa...pastu aku lak de hujah balas..makin la panjang..dekat pkl 4 lebih setel..letih..panasnya!!

berkejar ke opis untuk kes esok...fail semakin menggunung!suka suka!

Balik rumah lewat...tetamu lak datang..dugaan sungguh!dalam melayan tetamu terus aku terlelap...hua hua!tau2 tetamu dah nak balik..maaf ya!

Seram sejuk seram sejuk demam aku malam tu..hua hua!

Tuesday, November 22, 2011

Go Go Goooooaaaaalllllll!!!

Fuhh!!malam ni malam cuti...sebab esok johor cuti sempena hari keputeraan Sultan Johor..bole tido lewat & tengok bola dengan aman...yippie!!!Hehe..julung-julung kali aku ni sanggup tengok bola...ni semua sebab Harimau Malaya yang semakin mantop!!





Malam ini perlawanan antara



 Berdebar lak rasa!!huhu

Mmmmm....Awat la awal-awal perlawanan ni harimau malaya tak mengaum ni??slow je main..pelik sungguh..macam kena guna-guna je...bomoh ke pe ni??


Alala...lom apa-apa Indon dah 1 gol..alololo...lemahnya rasa nak tengok...tapi kena tengok...1-1 sudah...banyak betul halangan untuk tentukan juara ni..

Akhirnya pingat emas milik

Yippie!!!Harimau Malaya memang terbaaeeekkkk!!!

Sunday, November 20, 2011

I like!!

Hari cuti ku dihabiskan dengan operasi rumah...lotihnya rasa...Semua nak dibuat...time keje balik keje dah ponat..huhu...

Pepagi aku mulakan acara masterchef ku sebab masak daging lama sket...masak awal so leh makan awal sikit petang nak kuar..

Hari ini menu makan tengahariku:

Nasi putih
Daging masak merah styleku (as requested by mr hubby)
Bayam masak air
Ayam goreng berempah

Selesai makan, rehat-rehat, kemas rumah apa yang patut,then siap-siap keluar..nak shop-shop untuk beli hadiah staffku yang byk membantuku dengan kerja personalku...hehe..

Puas hati aku shop-shop arini...oppsss!!!nak belikan hadiah orang, aku terbeli macam-macam untuk aku lak..hehe...i like!!


Friday, November 18, 2011

Semangat kerja yang membara..

Hari ini fail atas mejaku menggunung tinggi...gara-gara semalam seharian bicara kat Mahkamah...

Balik dari Mahkamah pukul 11.30 terus ku mulakan dengan instruction especially fail-fail urgent...aduyai...banyaknya..makin aku bagi makin bertambah lak masuk dalam bilik aku...pasni staff-staff pun berlonggok atas meja diorang dengan instruction aku..sori ya..i hanya jalankan tugas i je...hehe..

Waktu rehat walaupun rasa agak kenyang tapi nak rehat juga sebab nak lepaskan lelah dengan share story dengan staff-staff..nak kongsi cerita panas..hehe...

Selepas rehat sambung semula dengan fail-fail yang semakin membuatku kecil di dalam bilikku itu..waduh!bila mau habis ni..1 fail hujahan bos dah masukkan semalam tapi aku tak usik lagi ni..mau nya nanti kene kejar dengan bos nanti kalau tak start lagi..hua hua..

Pukul 4.05 baru ku nak mulakan hujahan, lappy ku terpaksa dihantar untuk diformat..terlalu banyak virus...waduh!baru semangat nak buat...penyerahan lappy dibuat...harap semuanya ok2 aja...dah takde lappy dah tak boleh buat apa-apa la..so baca je la hujahan loyer yang ada untuk dapatkan idea nanti...

Balik rumah pergi pasar malam,mandi, solat...capai laptop hubby, mulakan misi untuk siapkan 1 fail hujahan malam ini juga...bermula dari pukul 8 sambil menonton Buletin Utama, sambil melayan aqeeb dgn boboboy nya dengan mertua ku yang datang bertandang...sambil-sambil aku dapatkan idea menaip apa yang terlintas di fikiran..alhamdulillah line internet ok so senang aku nak dapatkan case law..

Dari pukul 8.00p.m bermula dengan diselangi oleh 'iklan-iklan' akhirnya 1 hujahan ku siap pada pukul 12.30a.m...yeaaayyy!!!hari isnin leh print & bagi pada bos tengok...lega!!!

Esok sambung 1 lagi hujahan..tapi kene mulakan pada waktu yang betul-betul lapang sebab esok aktiviti kerah tenaga & masterchefku..huhu..

Walau pe pun aku kene siapkan juga sebab masa dah suntuk..minggu depan aku de 3 bicara kes kena handle...kuang kuang...berderet-deret lak tu datenya...sempuuttt mak!!!

Relllllaaaaaaxxxxx........

Apa yang penting....



BELASAH JE!!!

Wednesday, November 16, 2011

16-11-2011 vs 16-11-2006

16-11-2011....
Masih segar dalam ingatanku di mana pada tarikh 16-11-2006..pada waktu sebegini aku menerima berita kemalangan arwah adikku Rezza Azizi Bin Abdul Rahman.Aku tengah chambering masa tu kat firma Tetuan Rahim & Lawrnee. Sepanjang buat kerja hati tak sedap,asal pegang kertas mesti terguris kat tepi kertas sampai berdarah jari...pelik je rasa..tapi tak mau fikir bukan-bukan..


Antara percaya dengan tidak memandangkan baru sahaja aku berborak....Ya Allah..semoga semuanya selamat...Bergegas ke Hospital Segamat, hampir 2 jam menunggu, arwah perlu dirujuk ke Hospital Johor Bahru...Kecederaan arwah melibatkan kepala...Doktor minta banyak berdoa agar semuanya selamat.


Abah naik ambulan dengan arwah..
Aku, mak & adik-adik balik rumah dulu amik barang-barang yang perlu untuk di bawa ke hospital..mengigil-gigil aku mengemas sambil berdoa arwah selamat...kalau ditakdirkan arwah cacat,tak pe aku boleh jaga...sampai begitu sekali aku fikir sebab aku tak fikir dia akan meninggalkan kami pun.Tak pernah terfikir.


Sepanjang perjalanan aku & mak baca yasin mendoakan arwah selamat...namun setibanya di simpang masuk tol, abah fon minta kami semua patah balik siap-siap....Ya Allah...arwah dah tak ada...Meraung-raung aku & mak sepanjang perjalanan...Kehilangan arwah memang tak pernah di duga secepat ini dan dalam keadaan begini..


Ya Allah...aku merinduinya...terasa seperti baru sahaja arwah meninggalkanku..



Semoga arwah adikku Rezza Azizi Bin Abdul Rahman tenang di sana dan dicucuri rahmatNYA...
Amin...
Al-Fatihah...


Rindunya dengan arwah...Semoga rohnya tenang di sana..amin..AL-Fatihah..

Tuesday, November 15, 2011

Orang Malaysia Gemuk??? :-o

Pagi-pagi on the way ke opis dengar radio era..aznil maklumkan penduduk Malaysia penduduk yang tergemuk di Asean?wowweeee!ye ke?banyak respon pada topik ni sebab topik yang panas!!!

Ada yang mengiyakan sebab orang malaysia ni suka berpesta makanan..
Mesti buat makan-makan tak kira apa...perayaan je dah macam-macam perayaan, hari raya puasa, hari raya haji, gong xi fa cai, deepavali, krismas,  semuanya mesti ada buat open house..open house tu makanan mestilah berlambak..amik pun ikut suka nak banyak mana kalau dah buffet & layan diri...so layan la nafsu makan ikut suka hati!!Itu belum majlis-majlis yang lain...And makanan kita pun banyak yang berlemak, berminyak..kalau jenis tak jaga semua tu mesti la mudah naik badan & gemuk...



Ramai juga yang cakap...orang Malaysia ni niat je nak kuruskan badan..nak diet tapi hanyalah angan-angan sahaja...konon-konon nak diet la..nak bersenam la...tapi start minggu depan la..kenapa tak start hari ni?kadang-kadang tu tengah-tengah diet ni...leh lak batalkan niat tu bila ada makanan faveret depan mata..tak displin la kiranya...camne tu???

Pokok pangkalnya diri kita ni...jangan ingat nak kurus, cantik je...tapi fikirkan nak kurus dan utamanya sihat!!Kurus tapi tak sihat pun tak guna...mestilah KURUS & SIHAT! barulah bermakna!

Ada satu produk ni yang membolehkan diriku kurus secara sihat..dan sampai sekarang aku jatuh cinta padanya...tak mungkin berpaling ...sayang sangat-sangat sebab ia merubah diriku:



Dan yang terkini:


Berminat nak tahu?
Boleh contact Rieza : 019-7196274
azeir82@yahoo.com
Facebook : Riza Molinda 

Sunday, November 13, 2011

Cheezy time!

Cheezy time!

Dah lama nak buat resipi dari kak yati cumanya tak berkesempatan je...

Jumaat malam  ku gagahi jua untuk menyiapkan:


PUDING KEJU

Cubaan pertama kali.menjadi...cuma agak likat sedikit,...

Makan sendiri la...buat pun tak banyak...habis santap sendiri je.nyummy!!

Dah niat kalau menjadi nak buat untuk kenduri tahlil umah embah nanti..

Cubaan kedua lebihkan air sikit..

Aku & hubby stay up nak siapkan malam tu juga.

Hasilnya:

Untuk santapan di kenduri rumah embah


Salah ke menjadi pendiam???

Kalau siapa yang kenal aku pasti tahu camne aku...perlu ke nak judge orang dari diamnya org itu/kepohnya orang tu???

Aku memang dari sekolah dulu pendiam..especially masa sekolah rendah dulu..siap cikgu wat forum pasal aku masa aku tak datang sekolah..aku jadi topik utama...kelakar je..cikgu cakap aku diam-diam berisi..

Masa aku sekolah jugak sikap pendiam aku selalu jadi bahan gelak ketawa saudara mara aku...sampai cakap "ko ni tak ada apa nak cakap ke?" Senang je aku jawab "dah tak ada benda nak cakap diam je la..dengar je la cite orang"...

Tak semua orang aku diam..dengan kawan-kawan aku ok je..tak de la pendiam sangat rasanya...hoho..

Masuk U perangai aku berubah sikit..tak de la terlalu pendiam...ada la perubahan sikit..Tapi tak de la terlalu peramah atau kepochi! Tapi tu pun tak dapat puaskan hati semua orang..ada yang perli haish!"camne ni nak jadi loyer...tak leh cakap!" aku diam je..dalam hati bukannya aku nak jadi loyer pun...

Sampai aku dah bekerja, kawin pun kadang-kadang timbul isu tu juga..senang je aku jawab.."cakap bila perlu...diam tak bermakna tak boleh cakap..terlebih cakap menyakitkan hati orang pun tak guna kan?"
"Dah tu camne nak lawan kes kalau camtu?" haha...aku jawab " Ala..kat court pun kita cakap bila perlu,hujah bila perlu,hujah ikut fakta & benda yang berasas dan de sokongan kes, tak leh cakap merapu,kosong2 je".haha!!melampau rasa jawapan aku tu kan..tapi sesekali kena juga bersuara..jangan ingat diam-diam aku tak de perasaan nak marah ke pe kan...aku pun manusia biasa juga pe!

Susahnya nak puaskan hati semua orang..Bukannya aku tak buka mulut langsung!jadi peramah sangat kan kata kepochi! alahai...


Nyummy!!

Petang-petang ni nak makan apa ye sedap?

Bosannya...tak tahu nak buat apa...Dalam peti ada sotong...

Ok la...set!!dah ada idea!!hehe...

Taraaa!!

Sotong goreng tepung berlada hitam!!

Sekali hadap u!!!menjilat jari!!
burppp!Alhamdulillah!

Monday, November 7, 2011

Hari yang lemau...

Hari selasa-hari bekerja selepas 3 hari bercuti sempena raya haji.

Biasala pepagi ke mahkamah..hari ni ada 1 kes sivil di Mahkamah Sesyen dan 1 kes jenayah di Majistret.

Pagi-pagi dah rasa tak sedap badan...seram sejuk...lemau je rasa...


Mulakan kes di Mahkamah Sesyen then ke Majistet...lamanya nak start hari ini sebab PO takde ari ni..ada orang lain ganti.

Sementara nak menunggu tu banyak lak kes tuduh baru..aiyooyoo...mata aku dah berpinar-pinar je tengok jurubahasa baca pertuduhan, fakta....kelam-kelam pandanganku!rasa melayang-layang nak pitam!!



Finally dekat pukul 10.15 kes dipanggil..aku minta date lain sementara tunggu dokumen dari pendakwaan untuk kemukakan representasi..dapat date terus aku bangun keluar.

Turun-turun mahkamah rasa memang tak sedap..niat nak amik half day la ari ni sebab melayang-layang sangat rasa...sampai opis nak minta pada bos la half day.drive slow je arini sbb bdn rasa semacam.

Sampai-sampai bilik aku,buka lampu....ALAMAK!!meja penuh fail!!then kat opis hanya ada bos je.bilik LA lain gelap je..nampak gaya tak dapat la aku nak half day..so telan pil sakit kepala...bertahan...buat kerja slow-slow la..

Sunday, November 6, 2011

Peliknya perangai...

Pelik la perangai dengan minah sorang ni...
Before selalu je sms...borak-borak, update apa jua berlaku....

Before aku beli rumah sibuk tanya bila kau nak beli rumah?

Bila aku dah beli rumah...aku tengok perangainya lain macam lak...

Ajak datang ke rumah punyalah banyak alasan diberi tiap kali jemputan diberikan...
Nak kene tunggu orang tua sekali la...padahal before ni kalau pergi umah mak aku, dia & family  dia je..bole lak..

Sungguh tak paham...

Hari-hari minggu aku tak kisah pun kalau dia nak datang rumah..rumahku sentiasa terbuka..katanya nak tunggu raya...ok la...

Bila tiba raya...jemputla datang...sakit perut lak katanya...tapi leh lak pergi majlis open house rumah orang lain...ok..tahan lagi...

Aku wat open house jemput lagi datang..diam seribu bahasa...alasan kereta rosak lak...ok la..aku bersangka baik je la..

Then satu hari datang dalam bulan raya juga..itupun sebab kawan yang lain bawa...muka mencuka je bila sampai dirumahku...aku sangat tak paham sebab before ni tak pun macam tu..mesra dan ramah itu memang dia..aku sangat pelik...

Aku ajak makan...memang macam-macam aku masak tapi sikit je dijamah....selalu memang dia la yang sentap setiap kali makanan depan mata..anak nak makan pun tak bagi makan banyak-banyak padahal lauk memang banyak..dah tak de sape pun, makan je la..

Lepas makan biasa dia akan lepak-lepak kat dapur basuh pinggan dan borak-borak dengan aku..tetapi kali ini dia lain sangat..aku perhatikan sahaja..dia bangun dari meja makan,terus tegak ke singki,tinggal pinggan dalam singki dan terus ke meja hidangan kuih.

Aku buat seperti biasa melayan...dia makan kuih..masih diam seribu bahasa...anak-anak dia je yang sibuk nak tengok rumah,cakap rumah aku cantik....tetiba si dia meminta diri padahal dia baru je sampe..tak sampai 20 minit...pelik sangat sebab dia tergesa-gesa nak balik..dulu kalau lepak-lepak mesti berjam-jam..

Orang dah nak balik ok la..walaupun ku tahan-tahan juga tapi tetap nak balik..ok la...Sementara tu kemas-kemas kat tempat kuih...alamak..pe yang bersepai ni???bekas vantage aku pecah....sedihnya...dan sedihnya yang pecahkan tu dia..dia yang rapat denganku..apalah salahnya cakap je dgn aku...takkan aku nak marah kalau benda tu tak disengajakan kan?sangat sedih...

Sedih sangat sebab dia berubah macamtu...sorang kenalan inform dia tak puas ati dengan aku sejak aku beli rumah...ntah apa yang dia tak puas ati pun tak tau...dia beza-bezakan rumah dia dengan rumahku...kenapalah macamtu?aku tak pernah pun nak komen apa-apa...setiap orang ada rezeki dan bahagian masing-masing...katanya gaji aku dan suami besar..sedangkan gaji suami dia lagi lebat...aku pun tak paham...husband aku pun tak paham sebab perubahan dia tu bukan kami yang menjarakkan tetapi dia sendiri yang buat jurang antara kami...

Adakah hanya disebabkan aku memiliki sebuah rumah dia menghukum aku sebegini?Bukannya aku beli rumah banglo pun..rumah teres je pun. rumah pun hutang,bukannya beli cash! Hiasan rumah pun beli sikit-sikit mana yang perlu je dulu.Aku dan husband beli rumah atas sebab nak merasa hidup sendiri dan tak mahu menghadapi banjir dan nak family aku & mertua ada tempat kalau-kalau banjir, boleh lari rumah aku..

Sampai sekarang kalau jumpa aku pun dia semacam je dgn aku..tak macam dulu..aku wat je macam biasa tapi dia tetap dingin je dengan aku...

Kenapalah manusia ni mudah menghukum tanpa memeriksa dahulu ?
Manusia hanya nampak kesenangan kita tetapi tak nak nampak dan tak nak ambil tahu pun kepayahan dan kepahitan di sebaliknya...

Aku redha..biarlah dia sedar & dapat petunjuk & hidayah dariNYA...amin...

Peliknya perangai...

Pelik la perangai dengan minah sorang ni...
Before selalu je sms...borak-borak, update apa jua berlaku....

Before aku beli rumah sibuk tanya bila kau nak beli rumah?

Bila aku dah beli rumah...aku tengok perangainya lain macam lak...

Ajak datang ke rumah punyalah banyak alasan diberi tiap kali jemputan diberikan...
Nak kene tunggu orang tua sekali la...padahal before ni kalau pergi umah mak aku, dia & family  dia je..bole lak..

Sungguh tak paham...

Hari-hari minggu aku tak kisah pun kalau dia nak datang rumah..rumahku sentiasa terbuka..katanya nak tunggu raya...ok la...

Bila tiba raya...jemputla datang...sakit perut lak katanya...tapi leh lak pergi majlis open house rumah orang lain...ok..tahan lagi...

Aku wat open house jemput lagi datang..diam seribu bahasa...alasan kereta rosak lak...ok la..aku bersangka baik je la..

Then satu hari datang dalam bulan raya juga..itupun sebab kawan yang lain bawa...muka mencuka je bila sampai dirumahku...aku sangat tak paham sebab before ni tak pun macam tu..mesra dan ramah itu memang dia..aku sangat pelik...

Aku ajak makan...memang macam-macam aku masak tapi sikit je dijamah....selalu memang dia la yang sentap setiap kali makanan depan mata..anak nak makan pun tak bagi makan banyak-banyak padahal lauk memang banyak..dah tak de sape pun, makan je la..

Lepas makan biasa dia akan lepak-lepak kat dapur basuh pinggan dan borak-borak dengan aku..tetapi kali ini dia lain sangat..aku perhatikan sahaja..dia bangun dari meja makan,terus tegak ke singki,tinggal pinggan dalam singki dan terus ke meja hidangan kuih.

Aku buat seperti biasa melayan...dia makan kuih..masih diam seribu bahasa...anak-anak dia je yang sibuk nak tengok rumah,cakap rumah aku cantik....tetiba si dia meminta diri padahal dia baru je sampe..tak sampai 20 minit...pelik sangat sebab dia tergesa-gesa nak balik..dulu kalau lepak-lepak mesti berjam-jam..

Orang dah nak balik ok la..walaupun ku tahan-tahan juga tapi tetap nak balik..ok la...Sementara tu kemas-kemas kat tempat kuih...alamak..pe yang bersepai ni???bekas vantage aku pecah....sedihnya...dan sedihnya yang pecahkan tu dia..dia yang rapat denganku..apalah salahnya cakap je dgn aku...takkan aku nak marah kalau benda tu tak disengajakan kan?sangat sedih...

Sedih sangat sebab dia berubah macamtu...sorang kenalan inform dia tak puas ati dengan aku sejak aku beli rumah...ntah apa yang dia tak puas ati pun tak tau...dia beza-bezakan rumah dia dengan rumahku...kenapalah macamtu?aku tak pernah pun nak komen apa-apa...setiap orang ada rezeki dan bahagian masing-masing...katanya gaji aku dan suami besar..sedangkan gaji suami dia lagi lebat...aku pun tak paham...husband aku pun tak paham sebab perubahan dia tu bukan kami yang menjarakkan tetapi dia sendiri yang buat jurang antara kami...

Adakah hanya disebabkan aku memiliki sebuah rumah dia menghukum aku sebegini?Bukannya aku beli rumah banglo pun..rumah teres je pun. rumah pun hutang,bukannya beli cash! Hiasan rumah pun beli sikit-sikit mana yang perlu je dulu.Aku dan husband beli rumah atas sebab nak merasa hidup sendiri dan tak mahu menghadapi banjir dan nak family aku & mertua ada tempat kalau-kalau banjir, boleh lari rumah aku..

Sampai sekarang kalau jumpa aku pun dia semacam je dgn aku..tak macam dulu..aku wat je macam biasa tapi dia tetap dingin je dengan aku...

Kenapalah manusia ni mudah menghukum tanpa memeriksa dahulu ?
Manusia hanya nampak kesenangan kita tetapi tak nak nampak dan tak nak ambil tahu pun kepayahan dan kepahitan di sebaliknya...

Aku redha..biarlah dia sedar & dapat petunjuk & hidayah dariNYA...amin...

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Selamat Hari Raya Aidil Adha...Tahun ni menyambut dirumah mertua dahulu...tidur semalam then baru giliran umah mak aku..sistem giliran tetap ada walaupun dekat..huhu..

Hari raya mestilah masak-masak...memang aktiviti utama tu...

Menu rumah mertua: Nasi impit, kari ayam kampung, sayur lodeh, sambal kacang, daging goreng, laksa johor, pulut.

Menu rumah mak: Nasi impit, rendang ayam kampung, sambal kacang, sayur goreng, tumis kacang tolo, daging masak kicap.

Nyum ...nyum..ntah berapa kali dah aku mengulang-ulang makan...huhu...asal ada yang nak makan je aku teman..asal teman, mulut ni pun nak berteman gak mengunyah...penuh aktiviti makan sambil memenuhkan perut..haha!

Friday, November 4, 2011

rindunya!!!

Lamanya tak berblog...gara-gara line internet yang ntah apa-apa...sakit hati..bayar broadband bulan-bulan tak pernah miss tapi aduyai service hampeh...time nak guna urgent time tu la dia wat hal loading tak udah2...

Hari ini line ok la plak!!Rindu gila nak update blog...huhu...

Monday, October 17, 2011

Hari yang tenang..Alhamdulillah...

Hari ini ku merasa tenang!Alhamdulillah....




Pagi seperti biasa kunjungan ke Mahkamah Segamat memang sudah menjadi rutin...Hari ini buat pertama kalinya Majistret baru bersidang..Puan Juliana Jaffar...Semalam dah nampak orangya.Nampak friendly...


Seperti biasa merisik-risik pasal puan baru dari seorang teman yang pernah bertugas dengannya...banyak feedback yang positif..Alhamdulillah...

Appear buat pertama kalinya...Peguam pertama yang appear di hadapan Majistret baru...hehe....semua berjalan lancar....i like!!Puan bergaya sekali dengan Shawl cun! Ala-ala Hana Tajima!comel!ouch!i like!


Setibanya di opis,ku rasa begitu tenang..dengan meja yang sudah ku clearkan semalam..tiada lagi fail-fail pending..hanya kelihatan 1 fail arahan untuk siapkan hujahan...segera ku mulakan misi untuk drafting...harap dapat siapkan dengan segera...kerja dengan orang kenalah tunjukkan prestasi yang baik..bos happy,puas hati,barulah berkat gaji kita tu....:-)

Bertambah tenang dengan suasana sejuk dek ujan yang lebat di bumi segamat...

Alhamdulillah...



Amalan di kala stress:





Sunday, October 16, 2011

Permulaan hari...

Hari ini hari isnin..hari permulaan untuk minggu yang berikutnya...

Biasanya hari isnin pagi nak pergi kerja mesti rasa tak best,malas, hah!dah keje??bosannya!!

Tapi minggu ni rasa.....



hehe....

Tuesday, October 11, 2011

Lala masak ala-ala Umbai!


Akhirnya...terhasil jugak lala masak ala-ala umbai...rasa pun sama dgn cara masak dekat umbai tu...nyum nyum...sekali hadap...LICIN!!!

Tuesday, September 13, 2011

Kes selesai!

Bila penjelasan diberi....

Dari 


ke



Dan  apabila



Maka...



Dan


.....



&



Dan akhirnya...

Alhamdulillah..syukur...

Sunday, September 11, 2011

Hati ini telah dilukai...

11/9/2011...betul-betul membuatkan aku.....



Aku sangat-sangat kecewa....


Adakah???
Aku berserah kepadaMu Ya Allah...

Friday, September 9, 2011

Hatiku tertinggal di rumah...

Esok staff Rahim & Lawrnee & kawan-kawan husband mahu berkunjung ke rumah...

apa mahu masak ya??

Macam-macam di fikiran...harap-harap la menjadi seperti yang dirancang..hehe..

Dok ofis tapi fikiran dah melayang-layang masuk pasaraya beli macam-macam then dah mula stat memasak..hehe...

Cepatla balik...tik tok tik tok...segeralah pukul 5 p.m


Malam ini bermulalah operasiku...

 Nak buat kuih la konon..harap-harap menjadi la...
 

Then nak
Rebus apa yang patut dan perlu serta persiapan yang lain..

Nampaknya malam ni  dan esok pagi i jadi Masterchef RM gitu! 

chewaaahhh!!

Thursday, September 8, 2011

Tak tentu arah!

Haduyai!!rasa badan tak tentu arah!!Pagi ok je...Lepas lunch,nak solat apasal berpusing bilik ni.?jalan pun macam terhoyong hayang je aku ni??solat pun rasa nak tumbang je tadi...

Kenapa ni???Rasa berpusing dan rasa nak muntah..Angin je keluar...dah rasa macam orang tua lak.Tetiba rasa seram sejuk la pulak...alamak!!!

Kenapakah???


Monday, September 5, 2011

Alamak!!!Tidak!!!

Alamak!!! Dah ramai yang menegur ni...Tak boleh jadi ni!!


So....apa lagi????

Misi menimbang:
Aikkk!!pelik sungguh!

Berat badan maintain je macam sebelum berpuasa lagi...tak de naik pun..tapi kenapa ramai sangat yang cakap badan aku naik ni??

Baju raya- raya lepas still boleh sarung lagi!!

Apakah????

Nak kata makan banyak,masa berbuka aku makan sikit je,,sebab kenyang minum air bergelas-gelas..
Pas Terawih bukannya jenis yang suka mengulang makan pun...

Lagi bertambah peliknya ni!!! Haihhh!




Apa???Kenapa??Mengapa??


....



.....




......


Setelah lama ku renungkan...aku rasa aku tahu puncanya...


Selepas berbuka & sahur selalunya aku akan rasa....


dan bila ini berlaku aku akan ....





Dan ramalan aku benar belaka bila aku baca :

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

Uwaaaa!!!!


So....

Mulai hari ini kena la kurangkan rasa nak tido especially lepas makan...

hua hua hua!

Sunday, September 4, 2011

Tetamu & Juadah

Tahun ni beraya di rumah sendiri. Merasa la menerima kunjungan tetamu dan bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk tetamu-tetamu yang hadir di rumah.Sekejap je hari ini dah seminggu raya.Ramai juga tetamu yang berkunjung ke rumahku..

Dua Hari Terakhir Ramadhan : Pakcik & Makcik kesayanganku , Shamir, Mira, Bulat & Familyku berbuka
 (Pre raya)                               puasa di rumahku (Kira pre-raya juga la)hehe...
Juadah                                   : Nasi Putih, Nasi Impit, Sup Tulang, Ayam Masak ala-ala Linda,Sambal  
                                               Udang,Cendawan Goreng Tepung, Mertabak Daging, Kuih Butir Nangka,
                                               Sagu Biji,Nekbat ,Apam, Kuih Lapis,Air Katira,Air Cincau, Air Nescafe O,
                                               F&N Strawberi, A&W,Kuih Raya

Raya ke 2: Adik iparku,Ajeeb,Mas, Qamarina & Aten
Juadah:    : Mee Hailam,Nugget ayam, Air Teh O, Air F&N Strawberi, A&W, Kuih Raya.

Raya ke 3: Pakcik-pakcik & Makcik-makcik, sepupu sepapat sebelah husband, abang ipar & family, adik
                 ipar & mertua.(semua sekali dalam 25 orang)
Juadah    : Nasi Putih, Kobis Masak lemak, Sambal Telur, Ikan Cencaru Bakar, Sambal Asam, Sambal 
                 Ketuk,Timun potong,Ayam Goreng, Air Sirap, Teh O Panas, F&N Strawberi & A&W 
                 & Kuih Raya.

Raya ke 5 : Farahana & suami, Mak misah sefamily ( jiran husband yang bertahun-tahun x jumpe..jejak 
                  kasih gitu sebab mak misah rupanya mak sedara abg imran(jiran depan umahku!!)
Juadah      : Hanya dapat hidangkan kuih raya & air sahaja disebabkan memasing hanya singgah sebab pergi 
                  open house rumah kak iza (jiran depan umahku) sambil-sambil tu beraya rumahku...memasing 
                  sudah kenyang makan rumah kak iza.

Raya ke 5 juga: En Radzi , Kak Nora, Kimi  & Didie.
Juadah            :  Mi Rojak, Popia Ikan, Air Nescafe O, Air F&N Strawberi, A& W & Kuih raya.

Raya ke 6 : Adik ipar, Hadi, Safura & Ashraf ,Makcik Wan & Mertua
Juadah       : Mihun goreng spesel, Rojak Tauhu, Air Teh O, F&N Strawberi, A&W & Kuih Raya.

Raya ke 6 juga : Sahabatku Norashikin & Family & Parentsku
Juadah             : Mihun Goreng, Mee Hailam & Air Teh O, F&N Strawberi & A&W & Kuih Raya.

Gambar tak dapat nak ambil sebab aku bz kat dapur, then dok berborak-borak sampai lupa nak snap picture...lainkali de picture leh upload la..huhu...

Emak inform 17hb ni pakcik-pakcik & makcik sebelah jb nak turun segamat...menu apa ye utk diorg??mm...masih tak tahu lagi apa menu utk tetamu jauh ni..mm...any ideas?? :-)

Thursday, September 1, 2011

Meroyan!!

Tak tahu camne nak gambarkan perasaan aku  sekarang ini....yang pastinya aku amat benggang!

Agak-agak kalau ko tu dah buat salah dgn aku tak reti-reti ke nak minta maaf?

Dah sah-sah memang salah ko kan??padan la cepat sangat nak balik...takut salah ko terbongkar kan?bukti jelas menunjukkan memang salah ko...tak pe...ko tak nak mengaku salah kan?tunggu je...Allah tu Maha Adil....Aku tahu selama ini ramai mata yang memandang serong pada aku gara-gara mulut & hati busuk ko tu!Sungguh ku tak sangka...

Bulan baik ni sepatutnya bermaaf-maafan bukannya membuat onar untuk menjatuhkan orang dan membuat orang membenci aku...Aku sangat sedih bila tahu perangai ko...dan paling sedih hanya beberapa orang je yang percayakan aku sekarang ni...Aku teraniaya!!!!

Aku selama ni macam perasan kelakuan ko yang agak busuk tu tapi aku tak nak fikir sebab rasa hormat pada ko..tapi sekarang aku sudah tiada hormat lagi pada ko...buat apa nak hormatkan ko yang suka menjaja memburukkan aku sana sini..

EIiiiiiiiii..................aku amat benggang....bersyukur husband aku berada di sisi aku di saat aku perlukan...dan mak aku yang sentiasa menyokong aku...Ya Allah...kuatkan semangatku!!

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Meja aku dah clear...Sementara nak tunggu masa balik..Bosannya.....mmmmmmm........






......






.......
....






....













....







hehe....:-)

Hari ini hari Jumaat!yeay!

Yeaaayyyyy!Hari ini hari Jumaat!!Gumbira!!! Kenapa la begitu gumbira ya???Sebab hari ini last bekerja sempena cuti hari raya!!weehooo....dapat cuti seminggu....nak tenang-tenangkan fikiran dengan menziarah sanak saudara...

Pagi Jumaat ni begitu tenang sekali..hujan renyai-renyai...nyaman sungguh...pergi court pun tenang sekali...dalam court pun hanya aku & 2 PO Jenayah & JPJ..hehe...

Pas abis bersidang nak collect kuih raya dkt kak ratna...Petang ni dah boleh agih-agihkan ke rumah mak kesayanganku, mak mertua, mak aqeeb & of couse la rumah sendiri...tahun ni raya dah ada rumah sendiri...so kene la ada kuih untuk tetamu yang bertandang.

Dalam pada aku & kawan-kawan lain bergumbira nak menyambut hari lebaran, seorang kawanku yang aku anggap macam adik aku sendiri, Didi akan membuat operation buat kali kedua...Yup!Kali kedua di hospital swasta yang lebih pakar akibat daripada kecuaian operation yang pertama di hospital kerajaan!!Sangat marah sebab perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku....memang nak kena saman!Biar bertambah tindakan saman ke atas hospital kerajaan yang satu ini!!Semoga Didi selamat menjalani operation dan cepat sembuh...Sedih melihat Didi menjadi sangat kurus dan pucat atas kecuaian pihak hospital yang sepatutnya merawat dan menyihatkan pesakitnya tetapi sebaliknya!Akak doakan ko Di..Kuatkan semangat!!

Tak sabar nak tunggu pukul 5...yippie...masa untuk pulang....meja aku dah clear dah...semua kerja aku dah bereskan...mahu cuti dengan tenang dan tiada fail-fail yang bermain di fikiran..huhu..MOOD RAYA DAH MAI!!!




Wednesday, August 24, 2011

Tema kaler raya 2011

 Tahun 2011 tema kaler baju raya kami adalah:


Bagaimana dengan tema kaler baju raya kawan-kawan yang lain ya?mesti cun  kan..

Aidilfitri semakin tiba...

Wah...tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita...rasa sekejap sangat!pejam.. celik ... pejam celik....sahur bagun pagi2 masak..posa..balik keje petang2 masak .buka...eh..eh...dah nak abis puasa....Pasti merindui bulan yang mulia ini....

Semoga ada kesempatan menemui bulan mulia ini pd tahun hadapan..aminnn....






Dah nak dekat-dekat nak raya apa lagi kan??Persiapan raya la...persiapan raya aku tahun ni  ala kadar je sebab banyak peruntukan ke rumah dan aku SIBUK....SIBUK??SIBUK?SIBUK?
  
Ya...SIBUK:

1.OPS RUMAH




2. MENGECAT RUMAH (COLOURING)
Hubby yg cat..aku tolong tgk dan komen sahaja...hehe...



3. MEMBERSIHKAN RUMAH


.....


 4. DEKORASI  RUMAH

Deko-deko bersama MR_RM....just simple & nice di mata kami berdua!hehe.....



Operasi rumah masih belum selesai...dalam 40% lagi...walaupun jasad di opis hatiku tetap dirumah..fikiran dipenuhi dengan jadual kerja rumah yang masih tertunggak...huhu...perlu stay up lagi malam ini...bagi beres sebelum hari Ahad...Ada apa dengan hari Ahad ya?mmmm....

Ahad... Agenda buka puasa with my lovely family di rumahku...pakcik & mck kesayanganku dr KL akan berbuka bersama...seronok sgt!!!



Menu apa ya utk berbuka nanti?mmm......will update later....:-)