Monday, November 7, 2011

Hari yang lemau...

Hari selasa-hari bekerja selepas 3 hari bercuti sempena raya haji.

Biasala pepagi ke mahkamah..hari ni ada 1 kes sivil di Mahkamah Sesyen dan 1 kes jenayah di Majistret.

Pagi-pagi dah rasa tak sedap badan...seram sejuk...lemau je rasa...


Mulakan kes di Mahkamah Sesyen then ke Majistet...lamanya nak start hari ini sebab PO takde ari ni..ada orang lain ganti.

Sementara nak menunggu tu banyak lak kes tuduh baru..aiyooyoo...mata aku dah berpinar-pinar je tengok jurubahasa baca pertuduhan, fakta....kelam-kelam pandanganku!rasa melayang-layang nak pitam!!



Finally dekat pukul 10.15 kes dipanggil..aku minta date lain sementara tunggu dokumen dari pendakwaan untuk kemukakan representasi..dapat date terus aku bangun keluar.

Turun-turun mahkamah rasa memang tak sedap..niat nak amik half day la ari ni sebab melayang-layang sangat rasa...sampai opis nak minta pada bos la half day.drive slow je arini sbb bdn rasa semacam.

Sampai-sampai bilik aku,buka lampu....ALAMAK!!meja penuh fail!!then kat opis hanya ada bos je.bilik LA lain gelap je..nampak gaya tak dapat la aku nak half day..so telan pil sakit kepala...bertahan...buat kerja slow-slow la..

No comments:

Post a Comment