Friday, July 22, 2011

ipad

Sukanya tercapai hasratku nak beripad..huhu.terlepas hajatku..

Mode : happy banget!!!!

Tuesday, July 19, 2011

Rambut sama hitam, hati memang tak sama...

Terkezut!!!Tapi dalam jangkaan aku dah sebenarnya sebab memang dah  masak dah perangai si dia...mmm.....memang sudah ku agak dia akan bertindak sedemikian rupa...

Kenapalah dia ni nak buruk-burukkan aku ek?sedangkan aku tak pernah la nak amik port pasal dia. semua orang tahu cara aku bekerja macamana. Kenapa dia nak menyibuk-yibuk sedangkan aku tak pernah la nak amik port pe jua yang dia buat.Betul lah kata orang:



Agak-agaknya apa la yang di dapat dengan memburukkan orang sana sini ek?Pergi mana-mana ada je cerita yang dijaja...Depan kita bukan main manis mulut, berlakon jugak!Selepas aku tahu apa yang dibuat belakang aku, sampai satu tahap aku malas nak dengar....malas amik port! Aku buat baik dengan ko pun apa ko buat dengan aku?


Agak-agaknya pe la yang dia nak untuk puaskan hati dia ek?Menjatuhkan orang dengan cara kotor?Mengucap panjang bila dengar macam-macam yang dilakukan untuk mendapatkan apa yang dihajatkan..Sudah-sudahla tu....

Banyak-banyak kanlah beringat. dan muhasabah diri..kalau kita buat baik balasannya baik...tapi kalau kita asyik dok menjaja cerita orang, balasannya dunia pun trus dapat...bak kata mak aku..sekarang dunia balas dunia...advance!
 
Oleh itu, ambillah langkah-langkah berikut:
1. Check up hati kita...



2. Renovate & Renew hati kita...

Dengan....



Sunday, July 17, 2011

Hari tanpa kata...diam seribu bahasa..

Hari ini hari isnin...permulaan minggu bekerja tetapi dapat :

SAKIT TEKAK + PEDIH + PERIT + GATAL TEKAK+ BATUK+ HIDUNG GATAL DAN PEDIH + SELSEMA+ SAKIT KEPALA BERDENYUT-DENYUT...

(pakej yang sangat lengkap)

 +


MC??? mm...tak boleh sebab baru minggu lepas MC...so....tahankan je..makan ubat yang ada...bekerja dgn keadaan yang lalok sebenarnya.

Oleh yang demikian...aku sudah ambil keputusan hari ini aku akan membisu sebab sangat sakit untuk menuturkan kata-kata....kalau lah boleh tekak yang rasa sangat gatal ni nak je dikeluarkan dan garu sepuas2nya......adududu...

Kerja tetap kerja tapi buat keje sedaya mampu dan positifkan diri dgn tahap yang sebegini....

Hanya mampu berdoa:



Saturday, July 9, 2011

mana satu yg cantik ya??


Antara banyak-banyak ni..mana satu yang paling cantik ya??


Merah...Ada bran???

OR

Hitam Putih- Warna Rasmi Harianku..



OR

Purple-Nice jugak!

OR

Hijau-Lawa juga



OR

Krim-nampak suci gitu!

Yang mana satu idaman kalbu ya?lagi pening bila tengok yang ini.

Light purple + krim-cun juga!

OR
Dark puple-bole juga

OR
Merah-merah lagi..huhu...
mmm.....Yang mana satu ye??





Tuesday, July 5, 2011

Penganiayaan suatu keseronokan???

Menganiaya orang sekarang ni dah jadi macam suatu keseronokan ke agaknya ek??sangat pelik dgn manusia yang punya hasad dengki yang amat melampau!!



Kenapa tetiba aku nak post benda ni dalam blog ek?Semuanya berlaku apabila adikku buka cerita yang kawannya H, dianiaya oleh orang kampung sendiri yang memang kami sekeluarga kenal sikap busuk hatinya...

Orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung salah orang lain yang entah siapa-siapa..

Asalnya ada kes ragut ntah kat mana, orang kampung yg selalu nak berlagak hero yang kami bagi gelaran S ni busybody tanya dengan mangsa ragut ni dan katanya yang ragut ni bermotor hitam..Terus S ni pergi cakap dengan polis dan tangkap kawan adikku ni yang tidak tahu menahu apa-apa...Hanya kerana dia bermotosikal warna hitam terus dituduh dan ditangkap...hishhh...

Habis teruk dibelasah H...sampai diugut untuk mengaku...Akhirnya H terpaksa mengaku kerana tidak sanggup lagi dipukul dan diseksa..dan H dihukum atas kesalahan yang bukan darinya...

Sedih aku mendengarnya...S boleh tersenyum bangga apabila mendapat pujian dari pihak berkuasa..Ya Allah..apa jenis manusia??Bangga di atas kesakitan dan kepayahan orang lain...dan kalau S ini orang baik tiada masalah bagi aku, orang-orang kampung boleh maafkan tetapi dia sendiri bukan orang yang baik, terlibat juga dengan benda-benda haram..buruk sendiri tidak didedahkan tetapi sibuk mencari kesalahan orang lain.

Saat yang tidak akan kami sekeluarga lupakan bila S menganiaya arwah adikku . Peristiwa semasa aku cuti semester tahun akhir di UIA.Motosikal milik arwah dikatakan motor curi.....Kuasa besar apa yang dimiliki sampai sanggup menganiaya kami sekeluarga?Sehingga arwah adik, abah,embah, sedara mara yang lain terpaksa ke rumahnya untuk mengambil motor adikku yang ditahan...Geran motor atas nama arwah adik dikatakan motor curi...Ya Allah .merayu-rayu memberikan penjelasan..geran motor dikemukakan pun tidak diambil peduli sehingga polis terpaksa melibatkan diri barulah selesai..

Tidak sampai di situ penganiayaan dibuat...habis sedara maraku yang tidak kena di matanya pasti dianiaya dengan pelbagai cara...

Ya Allah..ramai sudah orang kampung yang menyumpah seranah S...bila agaknya nak sedar...memang sudah sebati dalam diri agaknya sikap mengenakan orang..

Sedar-sedarlah wahai S....doa orang yang teraniaya memang sentiasa dimakbulkan...

Aku tunggu je suatu hari nanti aku jumpa kau di Mahkamah atas kesalahany ang kau sorokkan selama ini...Tidak selamanya kau akan selamat..

Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui...



29-6-2011 tarikh yang tidak akan kulupakan

Lama sungguh tak update blog..bz memanjang skrg ni...

Hari ini baru kesempatan nak update...peristiwa 29-6-2011 dah lama berlaku tapi takkan ku lupakan sampai bila-bila..rumahku di pecah masuk...

29-6-2011 pkl 5.45 sampai rumah dari opis, husband bukakan gate, pandang2 atas...pelik juga...kenapa lak abang ni pandang2 atas?

Buka pintu kereta, nak masuk umah je, husband ckp ada hal sket ni..jangan terkejut...huh!!cuaknya...apahal lak ni?dlm fikiran hanya fikirkan family je..

"Umah kita kene pecah masuk"...haaa!! sgt tak percaya,buka pintu je umah bersepah2...laci semua kena kembur, 2 bilik yang ada barang memang habis bersepah...masa tu hanya fikirkan barang2 apa yang hilang..segera naik bilik atas tgk brg berharga tu..masih ada lagi..alhamdulillah..

Check semua barang-barang yang hilang kamera, 3 jam tangan (2 hadiah dari orang dan tak sempat pakai lagi pun) & tabung duit syiling yang penuh dan memang plan nak kira dan tukar nanti..memang tak berkesempatan dan bukan rezeki kami...

Sedihnya dalam kamera tu ada banyak gambar masa besday aqeeb pada 23-6-11 yang tak sempat lagi ditransfer...semuanya hanya tinggal kenangan...

Dugaan yang perlu kami tempuh..kami harus tabah menghadapi dugaan ini...Semoga rezeki lain akan mendatang kepada pihak kami...amin..