Showing posts with label hasad dengki PHD. Show all posts
Showing posts with label hasad dengki PHD. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Rambut sama hitam, hati memang tak sama...

Terkezut!!!Tapi dalam jangkaan aku dah sebenarnya sebab memang dah  masak dah perangai si dia...mmm.....memang sudah ku agak dia akan bertindak sedemikian rupa...

Kenapalah dia ni nak buruk-burukkan aku ek?sedangkan aku tak pernah la nak amik port pasal dia. semua orang tahu cara aku bekerja macamana. Kenapa dia nak menyibuk-yibuk sedangkan aku tak pernah la nak amik port pe jua yang dia buat.Betul lah kata orang:



Agak-agaknya apa la yang di dapat dengan memburukkan orang sana sini ek?Pergi mana-mana ada je cerita yang dijaja...Depan kita bukan main manis mulut, berlakon jugak!Selepas aku tahu apa yang dibuat belakang aku, sampai satu tahap aku malas nak dengar....malas amik port! Aku buat baik dengan ko pun apa ko buat dengan aku?


Agak-agaknya pe la yang dia nak untuk puaskan hati dia ek?Menjatuhkan orang dengan cara kotor?Mengucap panjang bila dengar macam-macam yang dilakukan untuk mendapatkan apa yang dihajatkan..Sudah-sudahla tu....

Banyak-banyak kanlah beringat. dan muhasabah diri..kalau kita buat baik balasannya baik...tapi kalau kita asyik dok menjaja cerita orang, balasannya dunia pun trus dapat...bak kata mak aku..sekarang dunia balas dunia...advance!
 
Oleh itu, ambillah langkah-langkah berikut:
1. Check up hati kita...



2. Renovate & Renew hati kita...

Dengan....



Monday, February 7, 2011

hasad dengki

Hasad dengki adalah perasan yang sukar dinafikan daripada diri manusia. Hasad dengki jika di biarkan akan bertukar menjadi dendam, seterusnya merosakkan hati seseorang. Justeru itu amat berbahaya jika rasa ia dibiarkan berada di dalam diri kita.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki."
[Riwayat Ibnu Hibban & al-Baihaqi]


Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti apa yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih berada di dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah sifat itu adalah diwarisi daripada syaitan. Apabila sesorang itu mempunyai rasa hasad dengki mahupun dendam tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan agar seseorang itu terus tersasar dan sesat dari pegangan agama islam.

Seorang pujangga Arab pernah berkata,
"Orang hasad dengki tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu. Tidak ada kemanusian bagi pendusta dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi orang yang tidak berakhlak"

Renung-renungkan..

mudahan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi dan sia-sia.