Tinggal beberapa hari lagi nak menjelang HARI PEKERJA..1 Mei..
Belum tiba harinya lagi aku dah terima hadiah sempena hari pekerja...dahsyaaaatttt....hadiah dari rakan seangkatanku di firma ini yang memang aku hormati dan kagum dengan semangat & bakat kerjanya... En Mohd Radzi Bin Yatiman...memang klass la En Radzi ni...selama aku bekerja tak pernah la terima hadiah sempena hari pekerja..so En Radzi ni memang dahsyat la kan..dahsyat dalam segala2nya.dasaaat dari segi kerja,dasaatt dari segi sikap dan talentnya dalam pelbagai bidang..sangat kagum!!ehe...ini bukan ayat bodek tetapi sesiapa jua yang mengenali beliau pasti tahu camne orangnya..the best lawyer in town!!
Hadiah dari En Radzi sempena Hari Pekerja..Jutaan Terima Kasih.. |
Sempena hari pekerja ni tak lama lagi ni,just nak share la pasal kerja yang kita diamanahkan...setiap hari kita pergi kerja dan untuk apa kita pergi kerja?untuk dapat duit dan duit tu dari gaji yang kita dapat bulan-bulan.Pernah tak agaknya kita terfikir yang kerja itu amanah?amanah yang kita dipertanggungjawabkan untuk dilunaskan..dan bersungguh-sungguhkah kita dalam menjalankan amanah tersebut?
Fenomena biasa yang dilihat sesetengah orang yang datang kerja buat syarat je..datang tunjuk muka,buat kerja ala kadar, time balik,balik,tahu2 hujung bulan dapat gaji...uit..jangan-jangan!!banyak yang perlu difikirkan dan dijawab nanti sebab dimana datangnya keberkatannya tu??fikir-fikir kan lah...
Just nak kongsi apa yang aku dapat dari pakar motivasi Dr Fadilah Kamsah:
Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan
insyallah… .’
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG KERJA.
- Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
- Adakala kita rasa kita PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
- Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
- Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
Dalam apa jua yang kita lakukan yang penting adalah niat. Bekerja dengan sungguh-sungguh, tingkatkan mutu prestasi kerja kita dan satu cara utk kekal bersemangat iaitu dengan meletakkan niat kerja kerana Allah. Jgn terfikir yg kerja kita hanya dibalas dgn gaji di akhir bulan, tapi fikirkan juga yang InsyaAllah,kerja kita dibalas dgn pahala yg banyak di akhirat kelak! Hasil keberkatan usaha kita yg meniatkan kerja2 kita kerana-Nya.
Dalam bekerja juga perlulah berakhlak kerana kerja dengan akhlak tidak timbul persoalan curi tulang,curi masa, kerja sambil lewa, tugasan tertunggak dan macam-macam sikap negatif lain sebab akhlak suatu pakej lengkap yang meliputi etika kerja dan ini yang ditekankan oleh Hamka:
Dalam bekerja juga perlulah berakhlak kerana kerja dengan akhlak tidak timbul persoalan curi tulang,curi masa, kerja sambil lewa, tugasan tertunggak dan macam-macam sikap negatif lain sebab akhlak suatu pakej lengkap yang meliputi etika kerja dan ini yang ditekankan oleh Hamka:
"Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir"
Oleh itu, sesamalah kita tanamkan sikap....
dan
SELAMAT HARI PEKERJA!!!
No comments:
Post a Comment