Tuesday, February 22, 2011

aku dengan aura positifku!!

Kegagalan telah menghalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatu pun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

Pemikiran yg negatif memang sifatnya merosakkan tuan empunya diri. Bagaimana boleh kita kawal pemikiran sebegini? Bagaimana kita boleh mewujudkan persekitaran yg positif dlm diri kita bagi membendung nilai negatif dari terus bersarang di dalam minda kita?
 
kita adalah apa yg kita fikirkan
kita adalah apa yg kita percaya
semua yg kita fikirkan dan percaya - di install dalam mindan dibawah sedar...
dan tubuh akan bertindakbalas dengan arahan dari minda...


Berfikiran positif membolehkan minda mengeluarkan arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
 
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa aku tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang aku juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

Bertegaslah dengan diri aku sendiri. Apabila aku mengambil satu-satu keputusan aku perlu berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa aku akan berjaya!!!!
 
GO GO GO RIEZA!!!!!!!




Friday, February 11, 2011

Motivasi buat diriku!!

Bersikaplah kukuh seperti batu karang yang tidak putus-putus-nya dipukul ombak. Ia tidak saja tetap berdiri kukuh, bahkan ia menenteramkan amarah ombak dan gelombang itu.

Rahmat sering datang kepada kita dalam bentuk kesakitan, kehilangan dan kekecewaan; tetapi kalau kita sabar,kita segera akan melihat bentuk aslinya.


Kita semua hidup dalam ketegangan, dari waktu ke waktu, serta dari hari ke hari; dengan kata lain, kita adalah PAHLAWAN dari cerita kita sendiri

 

hari terakhir bersama tn adli...

Hari ini merupakan hari terakhir Tuan Adli Bin Abd Ghalib berkhidmat di Mahkamah Sesyen Segamat...kami lawyer-lawyer di Segamat terasa sedih sebab akan kehilangan Tuan Adli, seorang Hakim yang amat berdedikasi, disenangi, memahami,bertolak ansur dan mudah bekerja dengan beliau. 

Hari ini juga merupakan hari terakhir aku appear depan Tuan Adli..sedihnya sebab aku amat kagumi sikap beliau.Lembut, tenang, komitmen yang tinggi, memang amat mudah bekerja dengan beliau sebab beliau memang amat memahami masalah peguam-peguam di Segamat. 

Kami pasti akan merindui Tuan Adli...Semoga Tuan Adli Bin Abd.Ghalib sukses selalu...dan jangan lupakan kami-kami di daerah kecil ini ya! 

Kenangan terakhir bersama Tuan Adli (dua dari kiri)


cheezy time!!!.nyummy!

thanks to my hubby kerana menemankanku untuk melepaskan gianku untuk melantak kek-kek cheese kegemaranku...nyummy!!sentap abis abisan...


1st round...strawberry marshmallow cheese cake     

2nd round cheese choc


then tapau untuk yang kat umah:

semua suka coz rasa dia memang superb!!nyummy!!

betul2 cheezy time!!huhu..

Tuesday, February 8, 2011

keyakinan diri itu penting!!

Langkah-langkah dalam mewujudkan keyakinan diri:
  1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
  2. Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
  3. Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
  5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
  6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
  7. Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
  10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Insya'allah saya akan mewujudkan keyakinan diri dalam apa jua perkara..hoohoo..chayo chayo!!

    Monday, February 7, 2011

    hasad dengki

    Hasad dengki adalah perasan yang sukar dinafikan daripada diri manusia. Hasad dengki jika di biarkan akan bertukar menjadi dendam, seterusnya merosakkan hati seseorang. Justeru itu amat berbahaya jika rasa ia dibiarkan berada di dalam diri kita.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud,
    "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki."
    [Riwayat Ibnu Hibban & al-Baihaqi]


    Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

    Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

    Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti apa yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih berada di dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempurna, malah sifat itu adalah diwarisi daripada syaitan. Apabila sesorang itu mempunyai rasa hasad dengki mahupun dendam tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan agar seseorang itu terus tersasar dan sesat dari pegangan agama islam.

    Seorang pujangga Arab pernah berkata,
    "Orang hasad dengki tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu. Tidak ada kemanusian bagi pendusta dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi orang yang tidak berakhlak"

    Renung-renungkan..

    mudahan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi dan sia-sia.

     

    alahai...

    ari ini 1st day bekerja selepas seminggu menghadapi banjir...letihnya badan!!kaki dah mcm robot je..nak melangkah mcm x cukup minyak..huhu...
    Naik2 opis keje melambak nak kena settlekan..bsedia dgn menarik nafas dan mulakan kerja dengan semangat yg membara-bara..ahaks!!