Tuesday, February 22, 2011

aku dengan aura positifku!!

Kegagalan telah menghalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatu pun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

Pemikiran yg negatif memang sifatnya merosakkan tuan empunya diri. Bagaimana boleh kita kawal pemikiran sebegini? Bagaimana kita boleh mewujudkan persekitaran yg positif dlm diri kita bagi membendung nilai negatif dari terus bersarang di dalam minda kita?
 
kita adalah apa yg kita fikirkan
kita adalah apa yg kita percaya
semua yg kita fikirkan dan percaya - di install dalam mindan dibawah sedar...
dan tubuh akan bertindakbalas dengan arahan dari minda...


Berfikiran positif membolehkan minda mengeluarkan arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
 
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa aku tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang aku juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

Bertegaslah dengan diri aku sendiri. Apabila aku mengambil satu-satu keputusan aku perlu berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa aku akan berjaya!!!!
 
GO GO GO RIEZA!!!!!!!




No comments:

Post a Comment