- Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
- Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
- Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
- Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
- Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
- Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
- Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
- Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
- Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
- Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Insya'allah saya akan mewujudkan keyakinan diri dalam apa jua perkara..hoohoo..chayo chayo!!
No comments:
Post a Comment