Saturday, February 5, 2011

sahabat

apakah erti sahabat??
tetiba je nak story pasal sahabat...sahabat sebenar yang betul-betul sejati memang susah nak dicari...


kadang-kadang bila kita fikir dialah sahabat kita,tapi bila kita dilanda kesusahan, tanya khabar pun tak...bila kita senang,wah..tetiba je muncul..tanya itu, tanya ini..semuanya "ada makna"..ku layankan jua tapi ku sudah tau jenis sahabat apakah itu...

kadang-kadang ku layankan je orang2 macamni...tapi hatinya ku sudah tahu disebaliknya..ewah ewah...
tetapi kadang-kadang yang kita sangka kawan-kawan biasa ni la yang prihatin,yang tahu kita dilanda kesusahan hulurkan bantuan...disitu kita dah tahu bahawa dia ni memang leh dikategorikan sahabat sejati..
aku ni dah jumpa macam2 jenis kawan..ada kawan yang makan kawan,kawan yang tikam belakang, kawan yang harapkan pagar pagar makan padi,kawan yang musuh dalam selimut pun ada walaupun tak tido sama..ahaks!

ni semua aku jadikan iktibar dan pengajaran agar jangan mudah percayakan orang 100%..

walau apa pun..ada beberapa orang yang aku kategorikan sahabat sejati aku atas sebab-sebab yang tertentu..teima kasih "sahabat sejatiku" yang sentiasa di sisi ku susah dan senang..aku akan ingat jasa-jasamu..semoga Allah sahaja dapat membalasnya..


Dalam berkawan kita kena berhati-hati...kalau ada sikap negattif pada dirinya yang kita sedari,jauh-jauhkan dan cuba nasihati agar tak terpalit pada diri kita juga..itu yang selalu mak aku pesan..
dan sekiranya kita dah jumpa sahabat sejati sayangilah dia seperti saudara kandung kita sendiri.


No comments:

Post a Comment