Sunday, April 10, 2011

Anak...janganlah dipersiakan amanah ini...

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Hakikat yang perlu di fahami dan disedari bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawab yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh. 

Aku sedih bila mengenangkan manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi tidak sedar akan tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan..Anak dibiarkan terbiar, keadaan tak terurus,sedih tengok keadaan itu walhal mak ayah orang yang terpelajar dan berduit tapi anak  alahai...sedih la nak cakap...ada juga orang camni dalam keadaan serba maju ni ek?Mana pergi rasa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa??tergamaknya tengok anak bermain ditepi jalan dengan keadaan yang menyedihkan...
 
Mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmannya:
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat kita sebagai ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan. 

Pelbagai cara dalam mendidik anak.Dalam menempatkan anak-anak kita di kalangan 'winners"(tips dari seseorang):-

  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  •  Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah  mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  •  Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  •  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  •  Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  •  Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  •  Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  •  Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. 

Hargailah anak-anak kita selagi ada waktu.kerana anak kita itulah penyambung warisan dan keturunan kita..

Aku sayang anak aku walau apa pun terjadi...MAMA SAYANG AQEEB!!

Muaaahhhh!!!!  

Mama love u too dear!!

Monday, April 4, 2011

kek carrot...

Alahai..kawanku bagi resipi lagi..dia suruh aku cuba sebab dia kata best sangat kek ni and senang sangat nak buat...dia kongsi resipi ni sebab dia tau aku suka sangat buat kek...haha..lama sudah tak buat kek sejak dah de "beg tangan"..dulu siap wat biz lagi aku ni..huhu..berceloteh panjang lak aku ni..

ok la..aku nak share dgn sape2 yang suka buat kek.kawan aku kata sedap gila...so leh la try.

KEK LOBAK MERAH
Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
  • 1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil (kalau tiada minyak masak pun boleh)
  • 120g gula castor
  • 100g brown sugar
  • 1 1/2 cawan carrot (diparut)
  • bahan diayak: 250g tepung gandum, 1 sudu teh serbuk cinnamon, 1 1/2 sudu teh baking soda
  • 100g walnut (dicincang sedikit)
  • 1 sudu teh garam
  • utk topping(penyedap kek): 120g butter, 250g creamcheese,120g icing sugar 


Cara-cara:
  1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan carrot. kacau sebati, masukkan walnut
  2. masukkan bahan yang diayak.Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam..
  3. dlm mangkuk yg lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang(soft peak form)step ni penting! dan masukkan dlm adunan kek tadi
  4. Bakar pada suhu 170C selama 50 min
  5. tips: bila dah masak, cucuk dgn lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi means belum masak betul.Kurangkan suhu ke 150C~160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar2 masak
  6. utk topping, pukul semua bahan2 hingga sebati & ringan.Hias atas kek yg telah disejukkn pd suhu bilik kemudian tabur dgn hirisan almond atau kelapa kering yg digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu(optional)
 P/s : aku lom try buat lagi.tapi disebabkan kawan aku kata sedap memang nak try..nanti bila dah try aku pasti akan update dlm ini blog..haha.tungguuu.....!!

caramel cheese cake!!nyum..nyum..

Nyum nyum...aku dapat resipi ni dari seorang kawan..memang best!!sedap betul...so nak share dengan semua...

CARAMEL CHEESE CAKE

 

 Bahan-bahan:

* Krim:

-250g cream cheese
-3 biji telur
-200ml sour cream (1 cawan)
-200ml freash cream (1 cawan)
- 120g gula
-2 sudu besar corn starch
-beberapa titik esen vanila

* Lapisan bawah
 
-100g biskut marie/ graham cracker
-50g butter (cairkan)

*Karamel

-50 ml susu segar (1/4 cawan)
-80g gula

 Cara-cara:

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
  5. Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
  6. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.
Selamat mencuba ya!!gerenti suka..

Monday, March 28, 2011

rezeki

Pagi ni sambil drive sambil la dengar radio era...dengar aznil, ray & hanif membebel2....tup2 teka bunyi era...dah banyak terkumpul tak de sape dpt jawab.seorang pendengar perempuan jawab.....aku lak berdebar2..ha kow..betul!!rm17k dia dapat pagi tu...rezeki betul..aku lak yang mengalir air mata...RM17k tu besar nilai tu...macam-macam boleh buat..

Itulah namanya rezeki..berapa ramai yang jawab tak sape pun betul..bukan rezeki dia.memang nak jadi rezeki pendengar tu..itulah rezeki..betapa kita usaha kalau Allah kata bukan hak kita memang lah tidak...

so kesimpulannya apa yang bukan menjadi rezeki kita tu usahakan lagi...Confirm ada!!

Go go riza..Rezeki pasti ada...Usaha, Doa & Tawakal...

Baik Vs Jahat

Selalu sangat terjadi padaku..bila aku wat baik je kat orang, orang tu akan balas kejahatan padaku...padahal aku tak de buat masalah pun pada dia..pelik sungguh.kalau ikutkan hati yang jahat ni memang aku nak balas jahat je...

Tapi mak selalu pesan,JANGAN!!biarlah apa orang nak buat pada kita,jangan balas...kata-kata mak yang akan selalu ku ingati:

"Serahkan soalan balasan apa yang kita buat pada Allah"

Allah mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling kita.
 Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada kita, itu urusan Allah. Serahkan pada Allah. teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik, teruskan berkata baik-baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, jangan lupakan Allah.

" Doakan orang yang berbuat jahat pada kita"
Orang buat jahat pada kita, kita kena doakan dia.  Doakan supaya dia berubah. Elak berdendam kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam. Lebih banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa nak mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara.

"Terus maju ke hadapan, usah menoleh ke belakang dan pedulikan kata-kata sumbang"
Nak berjaya memang banyak dugaannya. Kita tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui diri kita. Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda kita.
Jangan sibukkan fikiran dengan kata-kata sumbang orang kerana kita akan hilang pedoman, hilang motivasi, hilang inspirasi. Kita akan mudah bersangka buruk sebab asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri kita dan akhirnya kita akan suka fikir yang bukan-bukan.
Maafkan saja orang yang berbuat jahat pada kita. Maafkan saja orang yang berdendam pada kita.Lupakan kesalahannya, jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di fikiran. Kita kena pastikan hati kita bersih sentiasa supaya kita jadi bermotivasi sentiasa.
Untuk menjadi insan berfikiran positif, kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek negatif.
Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat saja hal-hal positif sepanjang masa. Jangan lawan fikiran negatif, sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan, 

Makin kita lawan sesuatu, makin banyaklah kita dapat apa yang kita lawan tu.



Sunday, March 27, 2011

Niat dalam perjuangan!

Hari ini aku terfikir nape la aku wat biz PB ni ye?sebab ramai yang bertanya pada aku nape wat biz ni?jawapanku semuanya bermula dengan NIAT.



Niat menjadi pendorong terbesar buat aku dalam apa jua yang aku lakukan. Sebagai contoh,kenapa aku bersembahyang? Sebab niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Aku bersembahyang kerana aku disuruh bersembahyang.

Ada banyak sebab kenapa aku mahu berjaya. Sebab aku mahu senang. Aku mahu memiliki semua apa yang aku mahu beli, aku mahu pergi tempat yang aku teringin nak pergi, Aku mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang aku minati.


Aku percaya bahawa aku akan berjaya mengecapi  kejayaan apabila aku dedikasikan diri aku untuk membentuk kebahagiaan orang lain. Kebahagiaan keluargaku,anak kesayanganku dan mak abah yang aku sanjungi dan hormati.

Aku sedih bila memikirkan hidupku yang sentiasa ada gaji tapi sentiasa juga tak cukup.Keperluan dan kemahuan tak seiring dengan gaji yang aku perolehi. Sedih sangat bila nak bagi mak ayah duit bulanan pun tak menentu kalau ada duit lebih lebih la bagi..tapi lebih-lebih pun tak de la sampai beribu..itu yang wat aku sedih sebab pengorbanan mak abahku aku hanya dapat balas sikit je.Itu pun ciput sangat..mengalir airmataku ....

Walaupun mak abah tak pernah minta tapi sebagai anak tak kanlah tak paham kan..sekali lagi aku mengalirkan air mata sebab aku nak bantu mak abah tetapi aku tak mampu...nak saving???jangan harapla sebab memang tak de balance pun nak save.harapkan duit tepi yang tak seberapa tu memang tak de la saving..makin korek je ada la..

Alhamdulillah aku ditemukan jalan untuk berubah...dan aku masih berusaha untuk mengubah hidupku, keluargaku...semoga dipermudahkan dengan niatku yang hanya untuk membahagiakan keluargaku ini.amin...

Terima kasih buat hanis, fazi & dura kerana membuka mataku...mereka ini golongan istimewa lagi hebat yang banyak membantuku..semoga aku menjadi seperti mereka..berjuang tanpa henti..

Aku juga percaya sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.  Itulah dia: hanis, fazi & dura...insan yang banyak membantuku untuk memajukan diri...merekalah sumber inspirasiku dan sentiasa membuatku positip walaupun kekadang sifat negatif membelengu diri...

Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja.

Semoga niatku ini diberkati dan dipermudahkan sepertimana golongan-golongan hebat seperti hanis, fazi dan dura...amin..

Tuesday, March 15, 2011

hua hua!

Agak lama aku tidak membuka blog ku ini..tetiba sahaja rasa rindu...
Ada berita gembira mau share sebenarnya..hua hua..
pagi ni terbangun awal la plak..siap2 kemas, mandi,siap2 semua dah tak ada apa nak buat...ternampakla mesin timbang...
mmm....lama tak naik mesin itu..dekat 2 bulan rasa..naik la tengok berat ni naik ke tak...asyik hentam makan malam je..makan nasi lak tu..
Ha!!Ha!! Betul ke ni???2 kali aku naik turun mesin timbang tetapi tetap angka yang sama...dari berat aku yang 2 bulan lepas tu maknanya aku turun 7kg...woww!!!tak sangkanya...aku tak de la diet pun..hentam makan nasi je..malam pun makan...selalu ke secret recipe balun kek2 yg chezzy2 itu...nak kabarkan pada mr R la..mesti dia teruja...lagi sket je nak kembali berat masa anak dara..huhu..KONFEM BOLEH!!